Ibu mana yang tidak risau bila anaknya kurus ibarat Model Catwalk
Ibu mana yang tidak risau bila ada sahaja mulut yang berkata " Alahai, kurusnya anak ko nie.. "
Ibu mana yang suka bila semua ini berlaku...
IBU TAK SUKA !!! IBU RISAU LA !!!
Pada peringkat bayi , masalah anak tidak mahu makan jarang berlaku kecuali jika dia tidak sihat . Tetapi , apabila usianya meningkat satu tahun lebih dan sudah boleh berjalan , dia ingin menerokai alam sekeliling. Dia ingin bermain dengan benda -benda yang terdapat dalam rumahnya dan kadangkala tidak menghiraukan waktu makan. Si ibu mungkin merasakan bahawa waktu penyusuan atau makan sudah tiba tetapi si anak tidak berminat. Dia akan membantah dan tetap berdegil tidak mahu makan. Jika si bu terus merayu , memujuk dan juga memaksa , ketegangan pasti akan berlaku.
Memaksa seseorang kanak -kanak itu makan akan menyulitkan lagi keadaan. Bak kata perpatah , kita boleh menarik kuda pergi ke tempat yang ada air tetapi dua puluh orang pun tidak boleh memaksanya minum. Si anak pula sedar bahawa dia boleh membantah , menolak pinggan makanan , menyimpan makanan dalam mulut tanpa menguyahnya , meluahkan makanan keluar dan berbagai -bagai cara lagi untuk menghampakan ibu bapanya. Dia sedar bahawa dia akan mendapat perhatian yang lebih pada waktu makan. Alangkah seronoknya si anak apabila ibu bapanya bermain -main dengannya bercerita sambil membacakan buku , berjoget dan merayu -rayu kepadanya.
Semua ibu bapa haruslah faham ,perkara yang utama sekali ialah memastikan makan adalah dalam suasana yang mesra dan menggembirakan seisi keluarga terutamanya anak -anak. Displin pada waktu makan adalah penting. Semakin si anak itu membesar , semakin perlu baginya mempelajari adab dan tatatertib makan. Ibu bapa jangan sekali -kali menggalakkan anak menyimpan makanan dalam mulut terlalu lama. Waktu makan yang cukup perlu diberikan kepada si anak. Jika dia mengambil masa yang terlalu lama sehingga ibu telah selesai mengemas dan membasuh pinggannya sendiri. Si anak akan sedar bahawa bermain -main atau menyimpan makanan dalam mulut diwaktu makan adalah merugikan. Ibu bapa sebenarnya berasa khuatir anak mereka akan kelaparan dan jatuh sakit kerana kurang makan. Itulah sebabnya mereka sering memaksa sianak makan.
Jika si anak tidak mahu makan, makanan yang disediakan seharusnya disimpan didalam almari makan. Apa yang perlu disedari oleh ibu bapa ialah pada akhirnya, anak itu sendiri akan meminta makanan apabila dia lapar. Tujuan kita adalah untuk mendidik anak supaya mempunyai kelaziman makan baik.
Memberikan anak-anak vitamin dan makanan tambahan mungkin boleh membantu dalam tumbesar anak-anak kita. Ianya juga bagi memastikan perkembangan otak dan badannya berjalan selari dengan umurnya....
Jadi, sebagai ibu kita haruslah membuat keputusan yang bijak demi untuk anak-anak kita.