Friday, November 9, 2012

Sakit Sendi ? Lenguh Badan ?

Semakin meningkat usia, semakin banyak masalah kesihatan yang timbul.. Salah satunya adalah masalah kerap lenguh badan, sakit sendi, mudah tersalah urat....

Botol minyak angin akan dicapai dan disapu pada bahagian yang sakit apabila seseorang itu mengalami lenguh-lenguh atau kesakitan pada tulang, sendi atau otot. Jika penggunaan minyak angin tidak menyembuhkan dan kecederaan atau kesakitan nampak lebih memudaratkan, si tukang urut pula yang akan dicari sebagai ikhtiar.
Itu baru terseliuh, bagaimana agaknya kesakitan ditanggung pesakit artritis yang menderita sakit sendi setiap hari, terutama pada waktu pagi sebaik bangun tidur.


Artritis
Artritis, terutama artritis reumatoid, menyerang ramai orang pada kemuncak hidup mereka. Antara kebimbangan utama pesakit ialah sama ada mereka dapat terus menjalani hidup dengan baik dan mempunyai karier seperti orang lain.
Sebenarnya pesakit artritis (tidak kira apa jenis artritis) masih boleh bekerja jika penyakit mereka terkawal. Ini sebabnya kita perlu tahu tanda awal sakit sendi dan segera berjumpa doktor supaya masalah anda dapat dikesan secepat mungkin. Semakin lama dibiarkan, masalah sakit sendi boleh bertambah buruk, terutama jika ia disebabkan keradangan pada sendi.

Keradangan ini secara perlahan-lahan ‘memakan’ dan merosakkan sendi sehingga menyebabkan sendi seseorang bukan saja berubah bentuk, tetapi hilang fungsinya sama sekali. Dalam keadaan ini, tidak banyak boleh dilakukan kecuali menjalani pembedahan penggantian sendi.

Artritis tidak harus menjadi penghalang seseorang untuk hidup dengan baik. Secara umumnya pesakit masih boleh bekerja jika penyakit mereka terkawal. Pilihan sama ada mahu bekerja atau tidak terletak pada pesakit itu sendiri.

Kebolehan untuk bekerja juga bergantung kepada tahap penyakit dan sama ada pesakit boleh melakukan sesuatu kerja itu. Dalam hal ini pesakit boleh membincangkan kebimbangan mereka dengan pakar reumatologi atau fisioterapi untuk mendapatkan penyelesaian.

Mereka boleh memilih untuk tidak bekerja tetapi jika bekerja, ia bukan saja mampu mengelak pesakit terlalu memikirkan masalah dan penyakit mereka, malah mempunyai pendapatan tetap bagi menampung kos ubat serta dapat mengembangkan rangkaian sosial untuk berkongsi masalah.

Apabila disahkan menghidap artritis, biasanya pesakit dinasihatkan belajar menguruskan rutin apabila sendi mereka tidak mengalami keradangan dan kesakitan. Pada masa sama pesakit perlu memperlahankan rentak hidup atau mengagihkan kerja kepada rakan sekerja ketika mengalami keradangan.

Jenis Pembedahan Sendi Sinovektomi — Satu prosedur di mana lapisan sendi (yang dikenali sebagai sinovium) dikeluarkan daripada sendi untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat keradangan. Pun begitu selepas pembedahan, pesakit mungkin mengalami masalah sendi kaku atau keras. Tisu sinovial juga mungkin tumbuh kembali selepas beberapa tahun.

Reseksi — Pemindahan tulang atau bahagian tulang yang biasanya dilakukan apabila sendi pada bahagian kaki mendatangkan kesukaran atau kesakitan ketika berjalan.

Artrodesis atau penguncian tulang — Ini adalah pembedahan untuk menyatukan dua tulang, biasanya pada pergelangan kaki, pergelangan tangan dan ibu jari. Meskipun kejayaan pembedahan ini menghilangkan kesakitan, ia juga menghilangkan keanjalan sendi.

Artroskopi — Cara di mana pakar bedah memeriksa sendi menggunakan alat yang dinamakan artroskop iaitu tiub nipis yang mempunyai lampu di hujungnya. Kelebihan prosedur ini ialah sendi tidak perlu dibuka ketika pembedahan kecil dan ia juga dapat digunakan untuk pembedahan sinovektomi lebih rumit. Tempoh pemulihan pesakit juga lebih cepat.

Penggantian sendi (artroplasti) — Sendi yang rosak dikeluarkan dan diganti dengan sendi tiruan. Rawan pula digantikan dengan plastik tahan lama dan aloi atau bahan yang sama ciri dengannya sebagai pengganti tulang. Cara ini berkesan jika digunakan pada lutut dan pinggul. Ia dapat menghilangkan kesakitan keseluruhannya.





Bagaimana Hendak Menjaga Sendi ?
Kita sudah semestinya tidak mahu mengharungi kesakitan dan pembedahan memperbaiki sendi bukan???
  • Beri perhatian kepada gejala yang dialami. Jika sendi sakit, bengkak dan terasa panas berlarutan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor. Gejala ini boleh muncul secara perlahan-lahan atau mendadak.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Elak tekanan berlebihan yang mungkin menyebabkan keradangan.
  • Susun tempat kerja anda untuk mengurangkan usaha mengangkat, mencapai, mengangkut, memegang atau berjalan bagi menjimatkan tenaga (khususnya bagi pesakit artritis).
  • Elak pergerakan berulang untuk tempoh panjang. Ubah aktiviti anda atau berehat selepas melakukan kerja setiap 20 hingga 30 minit.
  • Lindungi sendi anda daripada sakit, tekanan dan keradangan dengan menggunakan splin atau alat perlindungan.
  • Kurangkan perjalanan jauh kerana ia memerlukan banyak tenaga.
  • Bersenam. Senaman membantu mengurangkan kesakitan dan menambah jarak pergerakan sendi. Ia juga boleh mengatasi kelebihan dan menjadikan anda lebih segar serta bertenaga. Jika menghidap artitis, belajar kaedah senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda.
  • Lakukan aktiviti menggembirakan. Kajian menunjukkan ketawa dan kegembiraan boleh merehatkan sendi, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kekuatan sistem imun badan. 
  • Mengambil Supplement yang bersesuai untuk melindungi sendi.

Apa itu Shaklee Advanced Joint Health ?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.


Ciri-ciri Shaklee Advanced Joint Health
  • 100% bebas kekerang
  • 100% sayuran
  • 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • Hanya 2 Tablet sehari, mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pengawet dan bebas Gluten
  • Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari * bergantung pada situasi dan keadaan pesakit.

Telah terbukti secara klinikal


# credit to Halaqah.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...