Sharing Is Caring
Saya ingin berkongsi cerita @ tips yang berguna untuk kita semua .. Daripada Prof. Dr. Rozieta Shaary..
Ibu masih teringat akan peristiwa ini; Semasa anak bongsu Ibu baru berusia 4 bulan, kami balik ke KB buat pertama kali setelah ibu melahirkannya. Sudah 2 hari di sana, ...dia asyik meragam sahaja. Menangis dan merenget hampir tidak berhenti. Ibu cubalah, mandikan, susukan, salin lampin, ajak tidur, semua dia tidak mahu. Tiba-tiba ibu teringat bahawa untuk hampir 3 hari ibu tidak bermain Flash Card dengannya. Ibu tidak memberi 'makan' kepada mindanya. Sebenarnya, ibu terlupa untuk membawa balik flashcardnya.
Ibu dan suami bergegas ke bandar, beli kertas lukisan dan poster gambar. Potong gambar-gambar itu dan buat lebih kurang 20 flash card, categori binatang, burung dsb.
Ibu dan suami terus bermain dengannya untuk 3 minit. Habis sahaja bermain, dia nampak puas hati. Ibu terus menyusu dan dia terus tidur dengan lena selama 4 jam dengan puas hati.
Apa mesej ibu di sini; Mesej ibu ialah, anak-anak ini akan mengamuk dan meragam sekiranya ada keperluannya yang tidak dipenuhi. Keperluan itu bukan sekadar keperluan fizikal, seperti salin lampin, makan, mandi dsb.
Selain keperluan fizikal, ada Keperluan minda iaitu belajar (ilmu), hati iaitu kasih sayang dan jiwa iaitu melakukan kebaikan.
Dalam kes anak bongsu ibu, ibu terlupa untuk memenuhi keperluan mindanya pada masa itu. Sebab, semasa itu, hampir setiap hari ibu, suami serta kakak-kakak dan abang-abangnya akan bermain flash card dengannya. Namun bila balik KB ibu terlupa akan itu, maka menyebabkan anak ibu rasa 'lapar ilmu' lalu meragam. Bila dipenuhi dia 'kenyang' dan tidur dengan puas.
Jadi jika sayang mempunyai anak-anak yang suka mengamuk kebelakangan ini, cuba cari sebabnya. Penuhi keperluan itu sebaik mungkin. Lama-lama bab mengamuk ini akan perlahan-lahan berhenti, seperti apa yang dialami oleh ramai kawan-kawan kita di sini.
Namun ketahui juga bahawa usia 1.5 tahun hingga 3 tahun membawa ke 4 tahun itu, memang akan selalu terjadi keadaan itu. Kerana anak-anak sudah mula ekspresif.